Haram wanita menari tergedik untuk content media sosial

Haram wanita menari tergedik untuk content media sosial

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Haram wanita menari tergedik untuk content media sosial

SOALAN
Saya ingin penjelasan, ketika ini ramai wanita Islam kita tengok menari dan berjoget dalam media sosial. Apakah hukumnya? Sebab seolah-olah mereka hilang rasa malu.

-Jalil
Alor Setar

JAWAPAN
Hukum wanita menari secara tergedik-gedik seperti yang berlaku pada zaman sekarang di media sosial adalah terlarang kerana ia boleh menimbulkan keghairahan selain tidak menutup aurat.

Harus memelihara anjing untuk tujuan keselamatan

SOALAN
Adakah Islam membenarkan umatnya memelihara anjing untuk tujuan tertentu seperti menjaga rumah atau kebun?

-Faizal
Lenggeng

JAWAPAN
Hukum memelihara anjing pada asalnya adalah terlarang. Namun jika terdapat keperluan penting seperti menjaga keselamatan rumah, kebun atau harta ia diharuskan.

Tidak pergi kenduri kerana timbul musykil

SOALAN
Jika saya menerima jemputan kenduri seorang rakan tetapi enggan pergi kerana musykil dengan sumber pendapatannya, masihkah saya dikira berdosa?

Umar
Ingin tahu

JAWAPAN
Tidaklah dikira berdosa pergi sekiranya terdapat keraguan. Namun kalau pergi pun tidak menjadi halangan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN