Cabaran bukan penghalang, pelajar STPM 2025 cemerlang

Cabaran bukan penghalang, pelajar STPM 2025 cipta sejarah cemerlang

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang Terengganu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 meraikan kejayaan mereka baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kekurangan penglihatan dan kesempitan hidup bukan penghalang buat beberapa pelajar mencipta kejayaan luar biasa apabila muncul antara penerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 selepas memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Kejayaan mereka hadir ketika keputusan STPM 2025 merekodkan pencapaian terbaik dalam sejarah apabila seramai 1,336 calon memperoleh PNGK 4.00.

Bagi Saw Xin En, 20, pelajar cemerlang yang mempunyai masalah penglihatan berkata, cabaran utama sepanjang mengikuti pengajian Tingkatan Enam adalah kesukaran melihat tulisan pada papan hitam di dalam kelas.

“Saya tidak menjadikan kekurangan saya sebagai alasan untuk ketinggalan di dalam kelas.

“Sokongan guru dan rakan-rakan banyak membantu saya mengikuti proses pembelajaran dengan lebih lancr,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2025 di Selayang baru-baru ini.

 

 

 

Seorang lagi penerima anugerah, Yeoh Chwen Yih, 20, berkata, dia memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu membaca nota yang ditulis guru di papan putih.

“Selain menggunakan buku Braille, saya banyak bergantung kepada komputer riba yang yang dilengkapi dengan perisian pembaca skrin untuk mengakses bahan pembelajaran digital,” katanya.

Sementara itu, bagi Nurul Atiqah Syakirah Amran, 20, kejayaan memperoleh PNGK 4.00 menjadi hadiah paling bermakna buat ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci selepas kematian bapanya enam tahun lalu.

 

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa Marang, Terengganu berkata, ibunya, Fatimah Mat Yassin, 52, menjadi tonggak keluarga dengan menyara empat anak selepas kehilangan suami.

“Pengorbanan ibu menjadi pembakar semangat saya untuk terus belajar dan membuktikan bahawa anak daripada keluarga susah juga mampu berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh.

“Kejayaan ini didedikasikan kepada ibu saya yang tidak pernah jemu memberi sokongan sehingga berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam STPM 2025.

“Emak bekerja keras walaupun pendapatannya tidak seberapa. Saya melihat sendiri bagaimana dia berkorban untuk memastikan kami adik-beradik dapat meneruskan persekolahan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN