Bersatu sokong kemasukan Pejuang, hanya bantah PCM

Bersatu sokong kemasukan Pejuang, hanya bantah PCM

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menyokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai Perikatan Nasional (PN), namun membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, seperti kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam, bantahan terhadap PCM dibuat kerana kemasukannya berpotensi mencetuskan konflik dalaman dalam PN selain proses permohonannya didakwa tidak teratur.

“Permohonan tersebut dibuat atas nama PCM, namun maklumat kepimpinan yang dikemukakan adalah atas nama Parti Wawasan Negara, sedangkan pertukaran nama parti serta perubahan kepimpinan tersebut masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Datuk Seri Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa Bersatu kesal dengan tindakan Pengerusi PN yang didakwa mendesak Majlis Tertinggi PN menerima kemasukan PCM secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira implikasi Akta Pertubuhan 1966 serta keperluan mematuhi undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan keputusan PCM yang dijenamakan kepada Wawasan dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai PN gagal mendapat keputusan sebulat suara pemimpin gabungan berkenaan.

Menurut sumber, seramai 11 anggota Majlis Tertinggi (MT) PN menyokong manakala lapan lagi menolak dalam mesyuarat yang berlangsung kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN