Bengkel Sumo robot PUO tarik minat pelajar STAR

Bengkel Sumo robot Politeknik Ungku Omar tarik minat pelajar STAR

PELAJAR STAR diedahkan secara praktikal bidang robotik, elektronik dan pengaturcaraan menerusi bengkek Asas SUMO Robot anjuran Politeknik Ungku Omar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh menerusi Kelab IoT dan Robotik dengan kerjasama Kelab Teknologi Digital telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Sumo Robot: From Code to Combat baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Makmal CSD, JTMK PUO itu menghimpunkan pelajar berbakat daripada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh bagi meneroka dunia robotik, elektronik dan pengaturcaraan secara praktikal serta interaktif.

Mengangkat tema From Code to Combat, bengkel berkenaan memberi peluang kepada pelajar membina, mengatur cara dan menguji robot sumo masing-masing dalam simulasi pertandingan sebenar.

Selain penguasaan teknikal, program turut menekankan elemen penyelesaian masalah, kreativiti, kerja berpasukan dan strategi dalam suasana pembelajaran STEM yang menyeronokkan serta berimpak tinggi.

Sesi perkongsian ilmu dikendalikan oleh penceramah Nur Syuhada Mohamad selaku bersama barisan fasilitator daripada Kelab IoT dan Robotik serta Kelab Teknologi Digital JTMK PUO.

Program tersebut turut menjadi manifestasi kecemerlangan berterusan JTMK PUO sebagai peneraju pendidikan digital TVET negara.

Terbaharu, PUO mencipta kejayaan gemilang apabila menyapu bersih anugerah utama dalam PDTI Outstanding Award 2025 anjuran MDEC menerusi pencapaian . –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN