ASEAN, OIC perlu beri tekanan, sekatan terhadap Myanmar

ASEAN, OIC perlu beri tekanan, sekatan terhadap Myanmar

SYED HAMID ALBAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu diberi tekanan kepada Myanmar termasuk mempertimbangkan sekatan terutamanya dari segi ekonomi dan perdagangan dari pelbagai negara sebagai langkah penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata,  tindakan tersebut penting dalam memastikan Myanmar bertanggungjawab dalam menangani isu pelarian Rohingya dan tidak hanya membiarkan beban pengurusan dipikul pihak tertentu semata-mata.

Malah katanya, negara luar seperti Bangladesh, Pakistan, Arab Saudi, Indonesia dan Malaysia telah menampung jumlah tinggi pelarian Rohingya sejak bertahun-tahun lalu.

“Isu ini perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama. Myanmar tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab terhadap rakyat yang berasal dari negara itu.

“Malah, di Malaysia, selain komuniti Rohingya, terdapat juga sejumlah besar warga Myanmar daripada pelbagai etnik yang tinggal dan bekerja di negara ini. Myanmar kena ambil rakyat mereka semua tanpa mengira mereka daripada etnik apa sekalipun,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Bangladesh akan menggunakan platform ASEAN untuk terus berinteraksi dengan Myanmar bagi menyelesaikan isu Rohingya di kedua-dua negara.

Beliau berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap nasib pelarian berkenaan.

Dalam pada itu, Syed Hamid Albar berkata, penyelesaian sebenar hanya dapat dicapai sekiranya Myanmar mengambil langkah konkrit bagi menangani punca utama yang menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduknya ke negara lain. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×