Anwar zahir tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Anwar zahir tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

ANWAR Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menyampaikan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar berkata, bagi pihak kerajaan Madani dan sekalian rakyat jelata, doa dipanjatkan agar Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan lambang perpaduan serta kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN