Amaran ribut petir di sembilan negeri 

Amaran ribut petir di sembilan negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).

Keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN