Agong terima menghadap Menteri Besar Johor

Agong terima menghadap Menteri Besar Johor

SULTAN Ibrahim berkenan menerima menghadap Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru, hari ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda telah dipersembahkan dengan taklimat mengenai pencapaian ekonomi, pembangunan dan kemajuan Johor selain usaha dilaksanakan kerajaan negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Sesi menghadap ini adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dengan kepemimpinan negeri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri,” menurut hantaran berkenaan.

Pada masa sama, hantaran tersebut memaklumkan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan baginda.

“Sejajar hasrat berkenaan, pelbagai usaha kebajikan akan terus digerakkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN