Trafik lebuh raya utama lancar, terkawal pagi ini - Utusan Malaysia

Trafik lebuh raya utama lancar, terkawal pagi ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di semua lebuh raya utama sekitar Lembah Klang dan laluan menghala ke utara, selatan serta timur Semenanjung dilaporkan masih lancar dan terkawal pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, setakat pukul 7.14 pagi, hanya beberapa lokasi merekodkan pergerakan trafik perlahan.

Menurut LLM, trafik perlahan dikesan di Lebuhraya Tambak Johor menghala ke utara, iaitu dari CIQ Woodlands, Singapura ke CIQ Sultan Iskandar, Johor.

“Trafik masih bergerak lancar dan terkawal ketika ini di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang dan lebuh raya utama yang menghala ke utara, selatan dan timur Semenanjung.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi trafik bergerak perlahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, LLM turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak lupa menggunakan lampu isyarat kenderaan ketika menukar lorong.

“Cuaian lupa untuk menggunakan lampu isyarat kenderaan ketika hendak menukar lorong, cuai seketika, padah akibatnya.

“Pandu cermat jiwa selamat. Berhati-hati memandu. Ingatlah orang yang amat tersayang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN