Tony Pua: 77 laporan diterima di seluruh negara

Tony Pua: 77 laporan diterima di seluruh negara

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 77 laporan diterima setakat ini membabitkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataannya mengenai titah dan Rukun Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ini termasuk 48 lagi laporan polis yang dibuat hari ini berhubung hantaran berkenaan.

“Ia menjadikan sebanyak 77 laporan diterima pihak polis setakat ini.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

M.Kumar semalam dilaporkan berkata, tindakan termasuk memanggil pihak berkaitan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu

Tan Khiew ke Dataran Selangor bagi memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara serta menghormati kedaulatan institusi diraja.

Susulan itu, Tony memuat naik satu hantaran di Facebook mendakwa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu.

Ia termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN