Tindakan Rafizi, Nik Nazmi didakwa tidak melanggar mana-mana akta - Zahir

Tindakan Rafizi, Nik Nazmi didakwa tidak melanggar mana-mana akta – Zahir

ZAHIR HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengosongkan kerusi di Parlimen masing-masing sebelum mengumumkan keluar parti didakwa tidak melanggar mana-mana akta.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata, semua pihak boleh meneliti agenda Bersama melalui laman web ‘Bersama.org.my’ bagi memahami hala tuju dan fokus perjuangan Bersama.

“Pada pandangan saya, tindakan mereka semalam (kelmarin) tidak melanggar mana-mana akta terutamanya peruntukan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berkenaan Anti-Lompat Parti mahupun bon yang terikat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau turut menjelaskan, kehadirannya semasa program hala tuju politik bekas Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu atas dasar memenuhi jemputan sahabat seperjuangan untuk menyaksikan perkongsian hala tuju perjuangan mereka pada masa hadapan.

“Saya menghormati keputusan mereka untuk mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa 18 Mei 2026 serta keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 19 Mei 2026.

“Saya yakin keputusan yang mereka ambil adalah hasil pertimbangan yang menyeluruh dan bukan didorong oleh kepentingan peribadi semata-mata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN