Tidak adil jika semua pencipta kandungan dipukul rata - Alieff Irfan - Utusan Malaysia

Tidak adil jika semua pencipta kandungan dipukul rata – Alieff Irfan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pencipta kandungan, Alieff Irfan, 28, menasihatkan masyarakat agar tidak memukul rata, melabelkan semua pencipta kandungan tidak berbakat untuk menjadi pelakon.

Menurut Alieff, ini kerana ada diantara mereka yang bertahun-tahun melakukan pekerjaan yang sama namun bukan di lapangan arus perdana.

“Saya tidak menafikan ada pencipta kandungan yang tidak berbakat.

“Tetapi kalau hendak dipukul rata, agak tidak adil. Saya sebelum ini mengarah, menulis skrip dan berlakon filem pendek hampir lima tahun.

“Tidaklah hebat, tetapi boleh dikatakan saya sudah berpengalaman dalam lakonan.  Tidaklah kaku seperti yang dikatakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap tentang sikap di set penggambaran, Alieff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki sentiasa merujuk kepada pelakon senior.

“Dari segi sikap, saya belajar dari orang lama. Kalau pelakon senior boleh datang awal ke set penggambaran, tak akanlah kita, yang baru, nak datang lambat.

“Bagi saya, pelakon lama harus menjadi contoh kepada yang baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu Alieff bersyukur kerana pendedahan awalnya dalam dunia lakonan mendapat bimbingan daripada pelakon yang lebih berpengalaman.

“Saya menerima nasihat daripada pelakon ‘otai’ seperti Faizal Hussein dan Zulhuzaimy. Mereka mendidik saya agar tidak kaku apabila berada di hadapan kamera sebab saya ini berdarah gemuruh,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN