ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir, di sini, pagi ini.
Baginda yang tiba pada pukul 8.20 pagi disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali.
Turut berangkat, Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Lebih 2,000 jemaah hadir menunaikan solat yang bermula pukul 8.30 pagi dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Mohd Naim Ahmad.- UTUSAN










