Saya boleh cari ketenangan bila saya duduk bersendirian - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Saya boleh cari ketenangan bila saya duduk bersendirian – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi pelakon Nabila Huda, ketenangan paling bermakna bukanlah ketika dikelilingi ramai orang, sebaliknya saat dia dapat meluangkan masa bersendirian tanpa sebarang gangguan.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 42, berkata, saat-saat tanpa telefon bimbit, perbualan atau gangguan lain merupakan antara momen yang paling disukainya.

“Saya tidak pasti sama ada saya sedang bersedih atau apa sebenarnya yang saya rasa. Tetapi duduk termenung dan memandang ke arah yang kosong seperti ini memang antara perkara yang paling saya suka lakukan.

“Tiada telefon, tiada perbualan dan tiada gangguan. Hanya saya, fikiran saya dan apa sahaja yang sedang bermain dalam minda,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Menurut Nabila, kecenderungannya untuk bersendirian bukan kerana berasa sunyi, sebaliknya kerana dia menghargai ruang peribadi yang memberinya peluang untuk bermuhasabah.

“Mungkin sebab itu saya suka bersendirian apabila ada kesempatan. Bukan kerana saya sunyi, tetapi itulah antara waktu yang membolehkan saya mendengar diri sendiri dengan lebih jelas.

“Entah kenapa, dalam momen-momen yang sunyi seperti ini saya sentiasa menemui sedikit ketenangan,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila menyiar semula hantaran kata hikmah yang menekankan tentang tahap paling tinggi kesedihan seseorang.

Untuk rekod, Nabila merupakan anak sulung kepada penyanyi rock lagenda Amy Search yang mencipta nama menerusi pelbagai watak mencabar dalam drama dan filem pecah panggung.

Pelakon popular Nabila Huda ini telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Izwan Johar pada Disember 2015 dan dianugerahkan seorang cahaya mata, Keisha Laila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN