Rumah Panjang Nelson Ningkan musnah terbakar, 138 penduduk sehelai sepinggang - Utusan Malaysia

Rumah Panjang Nelson Ningkan musnah terbakar, 138 penduduk sehelai sepinggang

SUMBER FOTO: JBPM SARAWAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAH: Sebuah rumah panjang 21 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Sungai Saeh, Kampung Labau, Bekenu di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.17 pagi apabila Rumah Panjang Nelson Ningkan terbakar sepenuhnya sehingga menyebabkan seramai 138 penduduk daripada 31 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang terjejas terdiri daripada 51 lelaki dewasa, 52 wanita dewasa, lima warga emas lelaki, 10 warga emas wanita serta 20 kanak-kanak.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bersama bantuan BBP Miri Sentral digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN