Remaja perempuan 18 tahun maut nahas dua kereta - Utusan Malaysia

Remaja perempuan 18 tahun maut nahas dua kereta

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, Beruas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Seorang remaja perempuan maut manakala rakan lelakinya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Changkat Cermin, Ayer Tawar di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 1.15 pagi.

Katanya, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dan BBP Seri Iskandar segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda CRV dan Perodua Kancil dengan dua mangsa tersepit di dalamnya.

“Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala seorang remaja lelaki yang juga berusia 18 tahun cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, pemandu Honda CRV terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ketua operasi mengarahkan anggota mengaplikasikan konsep SAVER dengan menggunakan peralatan khas bagi membuat renggangan dan pengusung untuk mengeluarkan mangsa.

“Kedua-dua mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan dan mangsa lelaki yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa wanita yang disahkan telah meninggal dunia, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN