Rakyat Malaysia rosakkan kunci tayar polis trafik di Hat Yai

Rakyat Malaysia rosakkan kunci tayar polis trafik di Hat Yai disenarai hitam

KERETA milik rakyat Malaysia yang bertindak merosakkan kunci tayar milik polis trafik selepas meletakkan keretanya di zon larangan parking di persimpangan Jalan Kong Khong dan Jalan Prachathipat, Hat Yai, Thailand, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI (THAILAND): Pihak berkuasa Thailand menyenarai hitam seorang rakyat Malaysia yang memandu kereta mewah jenis Mercedes-Benz selepas merosakkan kunci tayar milik polis trafik di sini, Isnin lalu daripada masuk ke negara ini.

Jurucakap Polis Wilayah Songkhla bagaimanapun berkata, pemandu dan kereta terbabit sudah melintasi sempadan Thailand-Malaysia, kira-kira sejam selepas kejadian.

Katanya, lelaki berkenaan disyaki mengambil kesempatan keluar dari Thailand ketika polis trafik sedang mengesannya di sekitar bandar ini.

“Pihak berkuasa terlewat satu jam, kami dimaklumkan kereta itu sudah melalui Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sadao kira-kira pukul 11.45 pagi hari kejadian.

“Kami sudah memaklumkan kepada imigresen dan kastam supaya menyenaraihitam pemandu dan kereta itu daripada memasuki Thailand pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jurucakap itu berkata, pihak berkuasa Thailand sudah mempunyai semua maklumat berkaitan pemandu dan kereta itu yang dimasukkan ke dalam sistem komputer berpusat imigresen dan kastam.

Isnin lalu, akhbar ini me­laporkan, pihak berkuasa Thailand giat mengesan rakyat Malaysia yang bertindak merosakan kunci tayar milik polis trafik selepas meletakkan kereta mewah jenis Mercedes-

Benz di zon larangan meletak kereta di persimpangan Jalan Kong Khong dan Jalan Prachathipat.

Ketua Balai Polis Hatyai, Kolonel Macha Kaewthong berkata, tindakan itu adalah kesalahan berat yang boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN