Polis siasat ‘Mr. A’, anggota jadi dalang edar dadah di Langkawi

Polis siasat ‘Mr. A’, anggota jadi dalang edar dadah di Langkawi

MOHD. KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan sedang dilakukan berhubung dakwaan rangkaian sindiket pengedaran dadah di Pulau Langkawi, Kedah yang didalangi anggota polis.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota sekiranya didapati terlibat dengan sebarang jenayah di pulau peranginan itu.

“Perkara itu masih lagi dalam siasatan. Saya perlu pastikan siapakah yang terbabit, individu yang berkaitan atau kumpulan-kumpulan mana yang terbabit. Jadi kita tidak dapat nak komen buat sementara ini.

“Sudah pasti kita tidak akan berkompromi dengan warga PDRM. Semua sedia maklum, tahun ini sahaja kita sudah buat banyak rampasan (kes jenayah) yang besar-besar bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran PDRM Special Dialogue di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan kemunculan semula rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar Pulau Langkawi didalangi seorang anggota polis dikenali ‘Mr. A’.

Ditanya sama ada siasatan turut membabitkan tindakan dalaman di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Mohd. Khalid berkata, ia dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Sekiranya dia berkaitan dengan undang-undang keselamatan dan sebagainya kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN