PN umum pelantikan pengerusi negeri - Utusan Malaysia

PN umum pelantikan pengerusi negeri

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ketika hadir pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan pelantikan pengerusi parti itu dii negeri-negeri sebagai persediaan memperkukuhkan jentera menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beberapa pemimpin utama parti itu juga dilantik menerajui negeri masing-masing termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di Kedah.

Bagi Pulau Pinang, jawatan itu disandang oleh Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Selangor) dan Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin (Melaka dan Wilayah Persekutuan).

Pengerusi PN Pahang disandang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diikuti Datuk Ahmad Yakob bagi Kelantan, Datuk Dr. Alias Razak (Terengganu), Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Johor)

Di Sabah, jawatan itu diterajui Datuk Dr. Aliakbar Gulasan dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak)

Bagaimanapun, hanya pelantikan Pengerusi PN Negeri Sembilan sahaja yang ditangguhkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN