Persaraan bukan titik noktah - Azam Baki

Persaraan bukan titik noktah – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persaraan bukanlah titik noktah tetapi suatu penghijrahan dan permulaan baharu dalam siri episod kehidupan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pesara kerajaan merupakan aset penting yang telah menyumbang khidmat bakti, bukannya demi legasi peribadi malah jasa mereka akan terus dikenang melampaui waktu perkhidmatan.

“Oleh itu, jadikan kehidupan baharu yang bakal dilalui ini sebagai satu kehidupan yang lebih bermakna. Teruskan kekal aktif melalui gaya hidup sihat.

“Selain kecergasan fizikal, penjagaan kesihatan mental dan emosi amat penting untuk memastikan kehidupan yang sejahtera selepas bersara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sanjungan Budi SPRM 2026 di Pusat Perniagaan Bangi Avenue (BACC) dekat sini, semalam.

Mengulas mengenai majlis itu, Azam berkata, program bertemakan ‘Integriti Dijunjung, Budi Disanjung’ diadakan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan warga kerja yang telah berkhidmat dengan gigih demi menjaga nama baik organisasi dan kedaulatan negara.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas segala khidmat bakti yang diberikan selama ini kepada SPRM,” katanya.

Wakil pesara SPRM, Datuk Zainol Darus turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi dan seluruh warga SPRM atas segala bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Kami akan terus menjunjung nilai integriti dalam kehidupan seharian dan berusaha menjadi contoh yang baik dan teruskan berbudi kepada masyarakat,” katanya.

Seramai 36 daripada 51 pesara dan bakal pesara pada tahun ini diraikan dalam majlis itu.

Penghormatan turut diberikan kepada lima warga kerja SPRM yang meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan pada 2025 dan 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN