Pembesar Adat Negeri Sembilan bermesyuarat di Balai Rasmi Tunku Besar Tampin - Utusan Malaysia

Pembesar Adat Negeri Sembilan bermesyuarat di Balai Rasmi Tunku Besar Tampin

PEMBESAR Adat Negeri Sembilan bergambar selepas sidang akhbar di Balai Rasmi Tunku Besar Tampin di Tampin hari ini.- UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Lima orang pembesar adat di Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat bersama di Balai Rasmi Tunku Besar Tampin di sini hari ini.

Mesyuarat dan pertemuan itu dihadiri oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri dan Datuk Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Baharudin Abdul Khalid.

Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Thahak bagaimanapun tidak hadir pada pertemuan tersebut yang diadakan hampir sejam sebelum sidang akhbar diadakan kira-kira pukul 10.20 pagi.

Hari ini dijadualkan berlangsung Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bagi membincangkan kemelut pemerintahan adat negeri itu.

Bagaimanapun, semalam media melaporkan Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin memaklumkan pihaknya tidak dapat mengeluarkan jemputan bagi mengadakan mesyuarat berkenaan.

Ia susulan saman pemula yang difailkan pembesar adat terbabit yang kini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Pada 24 Mei lalu, enam pembesar adat terbabit mengemukakan notis kepada Raja Norazli supaya jemputan Sidang Khas DKU yang dijadual berlangsung hari ini dikeluarkan.

Menurut notis itu, majoriti ahli DKU bersetuju supaya sidang khas berkenaan diadakan di Balai Rasmi Tunku Besar Tampin pada pukul 9 pagi hari ini.

Bagaimanapun Menurut Raja Norazli, tindakan seperti dinyatakan dalam notis berkenaan adalah tidak wajar selain boleh menggugat integriti prosiding mahkamah yang sedang berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN