HULU SELANGOR : Seorang remaja, Nur Izzati Humaira Azizul yang dilaporkan hilang selepas tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia, di sini hari ini.
Jasad Nur Izzati Humaira ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.58 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
“Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN










