Mencari salah artis seolah-olah itu sebagai lubuk pahala mereka - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Mencari salah artis seolah-olah itu sebagai lubuk pahala mereka – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan gangguan dan kecaman terhadap penggiat seni di media sosial pada tahun 2026 ini.

Fazley Yaakob atau pemilik nama Ahmad Fadzli bin Datuk Haji Yaakob, 47, berkata dalam hantaran di Threads miliknya, situasi itu menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada lambakan media sosial atau sikap kurangnya nilai hormat dalam kalangan masyarakat.

Ujarnya, ada antara mereka mencari salah artis termasuk tuduhan dan kecaman peribadi yang tidak berasas.

“Ada antara mereka mencari salah artis seperti itu adalah lubuk pahalanya,” katanya.

Tambah Fazley yang juga merupakan pengurus kepada artis dalam program Talk To My Manager siri kedua itu, ada juga pihak yang mempertikaikan soal peribadi termasuk ibadah insan seni di media sosial.

“Mereka menyoal tentang solat para insan seni dan ada juga menyelar kononnya golongan artis sombong belaka.

“Artis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih beradab ketika memberi komen serta tidak mengheret keluarga artis dalam sebarang kecaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN