Memuji atau mengeji, semua saya raikan - Ani Mayuni

Memuji atau mengeji, semua saya raikan – Ani Mayuni

KUALA LUMPUR, 3 MEI 2026 - Sesi fotografi bersama Ani Mayuni bersama anaknya, Viviana ketika Program Talk to My Manager minggu ke-3 di MBSA Shah Alam di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - FAIZAL ( UTUSAN ) / EMIRA ( KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ani Mayuni enggan mengambil pusing terhadap setiap komen negatif yang dilontarkan berkenaan pembabitan anaknya, Viviana dalam rancangan Talk To My Manager Musim ke -2.

Jelas Ani atau nama sebenarnya Aisyah An-Nur Othman, baik komen positif mahupun negatif, dia berterima kasih dan jauh sekali menyalahkan netizen.

“Saya ingin memaklumkan kepada netizen yang saya membaca setiap komen mereka. Yang memuji juga saya baca, apatah lagi mengeji.

“Apabila komen mengeji, bermaksud orang sudah mula rasa kehadiran anda dalam industri. Kadang kalau lihat dicermin, nak puji diri sendiri pun tidak tahu sama ada saya cantik atau tidak.

“Orang lain sahaja yang boleh menilai diri kita. Dan kalau sebut tentang nyanyian, hanya orang lain boleh menilai kerana citarasa mereka berbeza.

“Tanggungjawab anak saya adalah memberikan yang terbaik setiap minggu. saya hanya memberi landasan sahaja, jadi gunakan sebaik mungkin,” katanya semasa sidang media TTMM2, baru-baru ini.

Ani dalam pada itu berharap netizen menggunakan kata-kata yang murni dalam melontarkan pandangan.

“Anak saya belajar dari Bawah. Dia adalah kanak-kanak yang dibuli sekolah.

“Dia hadap macam-macam, dibuli dari sekolah sampai sekarang.

“Tapi sebagai ibu tak akan saya tak ada perasaan marah. Satu sahaja saya minta, kepada yang menegur biarlah menggunakan bahasa yang elok,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN