Masha Group jadi pilihan usahawan bina jenama sendiri - Utusan Malaysia

Masha Group jadi pilihan usahawan bina jenama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Masha Group terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pilihan utama usahawan dan selebriti terkenal dalam membangunkan jenama produk sendiri sehingga berjaya melahirkan ribuan pengasas produk bergelar jutawan.

Diasaskan lebih sedekad lalu, syarikat itu kini muncul sebagai antara pengeluar OEM kosmetik dan kesihatan paling dipercayai di Malaysia dengan lebih 500 jenama berjaya dibangunkan merangkumi produk penjagaan kulit, suplemen kesihatan, kosmetik, penjagaan badan dan rambut.

Pengasasnya, Enica Foong berkata, kejayaan dicapai hari ini bukan diperoleh dalam tempoh singkat, sebaliknya hasil usaha berterusan membangunkan ekosistem lengkap bagi membantu usahawan membina jenama sendiri.

Menurut beliau, Masha Group bukan sekadar kilang OEM biasa, tetapi bertindak sebagai rakan strategik yang membantu usahawan daripada peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan, pensijilan sehingga pemasaran produk.

“Ramai mempunyai idea produk yang baik tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula terutama dalam aspek formulasi, pensijilan dan pemasaran.

“Justeru, kami menyediakan sistem sokongan menyeluruh supaya usahawan dapat memberi fokus kepada penjenamaan dan jualan,” katanya.

Beliau berkata, antara kekuatan utama syarikat itu ialah pasukan R&D berpengalaman yang menghasilkan formulasi eksklusif mengikut identiti dan sasaran pasaran setiap jenama.

Katanya, Masha Group tidak mengamalkan pendekatan formulasi secara “copy-paste”, sebaliknya setiap produk dibangunkan berdasarkan kajian terperinci termasuk fungsi, pengalaman pengguna dan kehendak pasaran semasa.

“Produk yang berjaya bukan sekadar tular atau habis dijual dalam tempoh singkat, tetapi mampu memberi kepuasan kepada pengguna sehingga mereka membuat pembelian berulang,” katanya.

Dalam memastikan standard produk sentiasa berada pada tahap terbaik, semua bahan mentah digunakan diperoleh daripada pembekal berkualiti tinggi selain setiap produk menjalani pelbagai ujian keselamatan dan kestabilan sebelum dipasarkan.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menyediakan minimum kuantiti pesanan (MOQ) serendah 500 unit bagi memberi peluang kepada usahawan baharu memulakan perniagaan dengan modal lebih rendah.

Masha Group juga beroperasi mengikut piawaian antarabangsa termasuk pensijilan GMP, Halal, HACCP dan MESTI bagi memastikan setiap produk memenuhi standard industri serta keselamatan pengguna.

Menurut Enica, syarikat itu turut menggunakan analisis data dan trend pengguna semasa termasuk menerusi platform digital seperti TikTok untuk membantu jenama menghasilkan produk yang relevan dengan kehendak pasaran.

Katanya, pendekatan tersebut menjadi antara faktor banyak jenama di bawah Masha Group berjaya mencatat jualan memberangsangkan dalam tempoh singkat.

“Masha Group bukan sahaja membantu dalam pengeluaran produk, malah turut menyediakan khidmat pembungkusan, penjenamaan serta sokongan regulatori dan pemasaran supaya usahawan dapat memasuki pasaran dengan lebih yakin,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan syarikat itu juga terletak pada statusnya sebagai pengilang terus tanpa orang tengah sekali gus membolehkan pelanggan menikmati harga lebih kompetitif dan komunikasi lebih telus.

Kini, selepas lebih 10 tahun dalam industri OEM, Masha Group terus menjadi antara pilihan utama usahawan tempatan yang mahu membina jenama sendiri secara lebih profesional dan sistematik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN