Ketua AMK Titiwangsa, Fathin Amelina Fazlie umum keluar PKR

Ketua AMK Titiwangsa, Fathin Amelina Fazlie umum keluar PKR

FATHIN Amelina Fazlie mengumumkan peletakan jawatan dan keluar PKR, hari ini. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Titiwangsa dan Pengarah Komunikasi AMK Wilayah Persekutuan, Fathin Amelina Fazlie, mengumumkan peletakan jawatan dan keluar PKR berkuatkuasa hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang disiarkan dalam Facebook, Fathin Amelina berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil pertimbangan yang panjang dan mendalam.

“Saya merasakan perjuangan parti hari ini semakin jauh tersasar daripada semangat asal reformasi, prinsip keadilan dan idealisme yang pernah saya yakini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh pimpinan serta rakan seperjuangan atas ruang dan peluang yang diberikan untuk belajar, berkhidmat dan memulakan perjalanan politik sepanjang saya berada dalam parti ini.

“Patah tumbuh, hilang berganti. Namun, prinsip dan maruah perjuangan tidak harus dijual beli,” katanya.

Tindakan keluar parti itu menyusul selepas bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengambil langkah untuk mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta meninggalkan PKR berkuat kuasa hari ini.

Ia berikutan Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu mengumumkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara semasa majlis pengumuman hala tuju politik di PJ Performing Arts Center, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN