Ketiadaan Rafizi perkuat kembali dalaman PKR - Lum Yong

Ketiadaan Rafizi perkuat kembali dalaman PKR – Lum Yong

pkr
MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam PKR akan memperkuatkan parti menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang kerana PKR tidak lagi perlu berdepan dengan golongan yang menganggap hanya dirinya sahaja betul dan mereka lain salah semata-mata dan suka mengadu-domba.

Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, parti itu dibina atas agenda reformasi, ideologi perjuangan berbilang kaum dan disepakati bukan atas dasar personaliti mana-mana individu semata-mata.

Katanya, parti selama ini terpaksa ‘menghadap’ bekas Timbalan Presiden PKR itu dan sekutunya yang selalu menganggap mereka sahaja yang betul.

“Memang tidak dinafikan Rafizi dan sekutunya banyak menentang pihak lawan dengan fitnah dan adu domba yang berkesan, tetapi sikap yang sama turut dibawa ke dalam parti sehingga kadang-kala menimbulkan masalah kepada pimpinan atasan,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, manifesto Parti Bersama Malaysia yang dibentangkan Rafizi disifatkan ibarat ‘angan-angan Mat Jenin’ kerana dilihat terlalu idealistik dan sukar dilaksanakan dalam realiti pentadbiran negara.

Kata Mashitah, 12 agenda yang diketengahkan Rafizi sememangnya kedengaran menarik, namun kebanyakannya lebih bersifat populis berbanding pelan dasar yang benar-benar praktikal.

Dr. Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, agenda 12 perkara Bersama dijangka meningkatkan penelitian terhadap Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad, sekali gus mendorong pengundi menilai semula rekod serta prestasi mereka ketika berada dalam kerajaan.

Kata Azmi, wujud risiko politik memandangkan banyak janji manifesto Bersama menyentuh secara langsung bidang pernah berada di bawah pengaruh kedua-dua pemimpin itu ketika dalam kerajaan dari 2022 hingga 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN