Johari lancar buku sejarah Surau Ittifaqiyah

Johari lancar buku sejarah Surau Ittifaqiyah

JOHARI Abdul Ghani merasmikan Buku Ittifaqiyah dan program korban sempena hari raya Aidiladha di Surau Al Madrasatul Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini hari ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penghasilan buku Surau Ittifaqiyah merupakan inisiatif penting dalam menjaga sejarah penubuhan surau yang tertubuh sejak 60 tahun lalu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dokumentasi seperti ini penting agar generasi akan datang memahami akar sejarah dan perjuangan yang telah membentuk institusi berkenaan.

“Penerbitan buku ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja meraikan sejarah penubuhan dan perkembangan surau ini, malah menghargai jasa serta pengorbanan para penguasa, ahli jawatankuasa dan seluruh ahli kariah yang telah berusaha memakmurkannya.

“Institusi surau merupakan asas penting dalam pembinaan masyarakat Islam yang sejahtera. Ia bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, bahkan berperanan sebagai pusat penyatuan ummah, penyebaran ilmu serta pembentukan akhlak dan jati diri masyarakat.

“Saya berharap buku ini menjadi sumber rujukan dan inspirasi kepada masyarakat untuk terus memperkasa peranan surau sebagai pusat ibadah, pendidikan serta pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai islam,” katanya semasa Majlis Pelancaran Buku Surau Ittifaqiyah di sini, hari ini.

Surau Jumaat Al-Madrasatul Ittifaqiyah ditubuhkan sejak 1960an sebelum berpindah ke tapak baharu sekarang.

Surau yang aktif menganjurkan pelbagai program termasuk kelas pengajian agama itu mula melaksanakan solat Jumaat pertamanya pada 6 April 2007.

Pada masa sama, Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri meluangkan masa menyantuni petugas ibadah korban di surau berkenaan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, surau berkenaan melaksanakan ibadah korban melibatkan sembilan ekor lembu termasuk seekor lembu baka limousine seberat hampir satu tan dengan penyertaan 120 petugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN