Jadi ibu bapa perlu rasional walaupun sudah berpisah – Nadia Anuar - Utusan Malaysia

Jadi ibu bapa perlu rasional walaupun sudah berpisah – Nadia Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Nadia Anuar tampil meluahkan rasa penat berdepan dengan konflik dengan bekas pasangan dan menyeru pasangan yang telah berpisah agar kekal bersikap rasional demi kebajikan anak-anak.

Menurut Nadia Anuar atau Nadia Shahrul Annuar, 42, konflik berpanjangan antara bekas pasangan hanya akan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi anak.

“Boleh tak jadi ibu bapa yang rasional walaupun dah berpisah?” katanya dalam satu hantaran di Threads miliknya.

Tambahnya, keutamaan seharusnya diberikan kepada kebajikan anak tanpa melibatkan emosi atau isu peribadi yang tidak perlu.

“Cukup fikir tentang kebajikan anak sahaja,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut menasihatkan pasangan baharu agar tidak bersikap cemburu terhadap hubungan lampau pasangan masing-masing.

“Pasangan baru tak perlu ada perasaan cemburu. Kalau saya masih mahukan dia, dia tak akan ada dekat awak,” katanya.

Menurutnya, sikap saling memahami dan komunikasi yang baik mampu mengelakkan ketegangan antara semua pihak terlibat.

“Kalau ada rasa tidak puas hati, lebih baik berbincang secara matang daripada meletakkan pelbagai sekatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN