Guna harta si mati untuk tunaikan haji untuknya

Guna harta si mati tunaikan haji untuknya

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Guna harta si mati untuk tunaikan haji untuknya

SOALAN
Sekiranya saya hendak menunaikan haji bagi seseorang yang telah meninggal dunia, adakah saya mesti menggunakan wang arwah atau bagaimana?

Firmansyah
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Sekiranya arwah belum menunaikan haji dalam keadaan semasa hidupnya mampu pergi haji dan ada peninggalan harta, maka diambil daripada hartanya untuk dilakukan haji badal untuk arwah. Sekiranya arwah sudah menunaikan haji maka tidak ada kewajipan ke atas sesiapa untuk melakukan haji untuknya.

Isteri poligami boleh mohon fasakh jika ada kemudaratan

SOALAN
Sebagai isteri kedua, bolehkah saya memohon untuk fasakh jika suami tidak adil dalam keluarga kerana suami saya melebihkan isteri pertama daripada segi giliran bermalam dan nafkah keluarga.

Rahmah
Isteri poligami

JAWAPAN
Sekiranya terdapat kemudaratan, maka seseorang isteri berhak memohon fasakh. Ada pun yang terbaik berunding dengan suami secara baik untuk menyelesaikan masalah giliran, nafkah dan sebagainya. Suami perlu bersikap adil dalam poligami.

Beli barangan daripada bukan Islam

SOALAN
Apa hukumnya kita membeli barang daripada pekedai bukan Islam sebab saya bimbang terjebak dengan isu halal haram dan syubhah.

Jalil
Kepong

JAWAPAN
Tidak mengapa membeli barangan daripada peniaga bukan Islam selagi mana tidak tidak melibatkan benda-benda yang haram, contohnya makanan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN