KUALA LUMPUR: Penyanyi rock bertaraf legenda, Datuk Awie mengangkat penyanyi rock, Datuk Amy Search sebagai individu paling layak digelarkan Raja Rock Malaysia.
Kata Awie, hal demikian disebabkan status Amy yang menjadi pemula irama tersebut di negara ini.
“Yang memegang gelaran Raja Rock adalah Amy. Dia adalah pemula dunia rock dalam Malaysia.
“Kita patut angkat beliau sebagai ‘god father’ dalam industri muzik tanah air,” katanya.
Awie berkata demikian ketika sidang media konsert Awie The Rock King: Last Man Standing di Premiera Hotel, di sini semalam.
Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman dalam pada itu tidak kisah tentang gelaran yang diberikan kepada beliau.
“Saya tak kisah soal gelaran. Nak bagi saya penyanyi sampah pun saya terima. Saya tak fikirkan semua itu.
“Itu sebenarnya bukan tujuan, gelaran itu saya tak hairan. Apa yang saya nak adalah memberi kepuasan dari pengalaman yang saya ada.
“Saya nak kongsikan dalam setiap persembahan saya. Soal gelaran itu jangan fikirkan. Siapa nak ambil yang pertama, kedua dan ketiga, silakan,” kongsinya.
konsert Awie The Rock King: Last Man Standing bakal menggegarkan Stadium Merdeka 12 September ini. Tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com.










