PETALING JAYA: Penyanyi, Fieya Julia, menegur sikap segelintir individu yang mudah melabel seseorang selebriti sebagai ‘artis sendu’.
Jelas Fieya atau Nur Syafiqah Sejali, 27, setiap artis mempunyai perjalanan kerjaya dan rezeki masing-masing yang tiba lambat daripada orang lain.
“Sesetengah orang mudah untuk fikir seseorang itu sebagai ‘artis sendu’.
“Di sebalik orang yang mengutuk artis itu sendu, kadang kita tak tahu mungkin dia belum ada rezeki,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads.
Malah, tambah Fieya, ada juga selebriti yang memilih untuk tidak terlalu menonjolkan diri untuk menjaga privasi diri.
Pilihan itu dilakukan sesetengah artis bagi melindungi diri daripada perasan hasad dengki orang lain.
“Ada sahaja yang pilih hidup sendu agar lebih privasi. Manusia ini kadangtak lari daripada rasa iri dengki.
“Saya rasa biarlah orang nak bercakap apa pun sebab kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.
Untuk rekod, Fieya Julia merupakan peserta Big Stage Musim Ke-2 pada tahun 2019.
Perjalanannya terhenti di peringkat separuh akhir, minggu ketujuh, bersama seorang lagi peserta iaitu Kucaimars. -UTUSAN










