Farhash kekal bersama nyalakan 'obor' reformasi - Penganalisis - Utusan Malaysia

Farhash kekal bersama nyalakan ‘obor’ reformasi – Penganalisis

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak merupakan salah seorang individu yang kekal bersama perjuangan reformasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melalui pelbagai cabaran politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan & Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Nor Syamimi Mohamed Adnan berkata, tidak dapat dinafikan bahawa beliau datang daripada latar belakang perniagaan yang berjaya sebelum lebih aktif dalam politik.

NOR SYAMIMI MOHAMED ADNAN

Oleh itu, kata beliau, ada pihak yang melihat penglibatan beliau dalam PKR bukan semata-mata untuk mengejar kedudukan atau kekayaan, tetapi kerana keyakinan terhadap agenda reformasi yang diperjuangkan oleh Anwar.

“Namun begitu, seperti mana-mana tokoh politik lain, penilaian terhadap Farhash juga mempunyai pelbagai pandangan.

“Ada yang menghargai kesetiaan dan sumbangannya kepada perjuangan reformasi, manakala ada juga yang mengkritik beberapa kontroversi yang pernah dikaitkan dengannya.

“Oleh itu, sejarah dan sumbangan beliau wajar dinilai secara adil berdasarkan fakta, rekod perkhidmatan, serta sumbangan yang telah diberikan kepada parti dan negara,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, nama Farhash terus menjadi mangsa ‘sepak terajang’ politik apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendesak Anwar supaya berhenti menggunakan istilah ‘sakau’ selagi tidak dapat menjelaskan berkenaan ‘skandal’ terkait Farhash.

Selepas PRU15, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat lebih mengendeng dirinya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan pernah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi ketika kemuncak krisis politik Langkah Sheraton pada awal 2020 dan menyokong Mahathir untuk menghabiskan penggal pentadbiran.

Datuk Seri Rafizi Ramli pula berehat panjang daripada politik aktif selepas PRU14 dengan menumpukan perhatian kepada kerjaya korporat serta perniagaan selepas mendedahkan bahawa keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan perkembangan politik dalaman dan mengambil masa untuk memulihkan semangat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN