Dua lelaki buat aksi ‘wheelie’ didakwa esok

Dua lelaki buat aksi ‘wheelie’ didakwa esok

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mendakwa dua lelaki di mahkamah esok kerana melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ ketika menyertai konvoi motosikal di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE). 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pertuduhan dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). 

“Kedua-dua kes akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi esok di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan, polis mengesan video tular menerusi aplikasi Threads memaparkan dua lelaki tempatan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku pada 9 Mei lalu kira-kira pukul 11 pagi di Lebuh Raya SPE dari arah pusat bandar menghala ke Putrajaya.

Aksi berbahaya itu dipercayai dilakukan penunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard 950 berwarna merah dan Ducati Panigale berwarna hitam.

Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki terbabit berusia 31 dan 36 tahun selain merampas sebuah motosikal bagi siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN