Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah 

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Dua lagi jemaah haji disahkan meninggal dunia di Tanah Suci dan menjadikan jumlah kematian membabitkan rakyat Malaysia kepada lima orang.

Lembaga Tabung Haji (TH), dua orang jemaah itu membabitkan dari kumpulan KT12 yang menginap di Hotel Al Kiswah, Mekah.  

“Jemaah pertama merupakan seorang wanita berasal daripada Sitiawan, Perak, berusia 72 tahun dan hadir bersama sepupunya ke Tanah Suci. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada 12 Mei, pukul 12.36 tengah hari akibat pendarahan otak.  

“Manakala jenazah kedua merupakan seorang jemaah lelaki berasal daripada Kuantan, Pahang. Allahyarham yang berusia 67 tahun hadir bersama isteri ke Tanah Suci. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Makkah Medical Centre pada 13 Mei, pukul 10.00 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut TH, Kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah. 

Dalam pada itu, TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah.  

Sebelum ini, seramai tiga jemaah Malaysia meninggal dunia termasuk seorang lelaki yang rebah ketika ingin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram pada 1 Mei lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN