Diana Danielle isi masa di set penggambaran - Utusan Malaysia

Diana Danielle isi masa di set penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle berkongsi cara dia mengurus masa menunggu di set penggambaran dengan lebih produktif, berbanding membiarkannya terbuang begitu sahaja.

Menerusi hantaran di Threads, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, dia sering berasa bosan dan tidak sabar untuk balik ke rumah ketika berada dalam set penggambaran.

Menurutnya, tempoh menunggu yang panjang merupakan perkara biasa dalam rutin seorang pelakon, terutama apabila penggambaran tertangguh.

“Saya dulu banyak habiskan masa bermain telefon, sembang kosong dan makan sahaja,” katanya.

Tambah Diana yang juga merupakan bekas isteri kepada Farid Kamil, dia mula menerima hakikat bahawa situasi itu di luar kawalan dan merupakan sebahagian daripada kerja.

Justeru, dia mengambil pendekatan untuk mengisi masa di set dengan lebih bermanfaat.

Ujarnya, dia akan membawa bahan seperti buku untuk dibaca serta senarai lagu atau alat muzik untuk mengisi masa lapang.

“Kalau suka membaca, bawa buku. Kalau minat muzik, sediakan senarai lagu atau alat muzik,” ujarnya.

Selain itu, dia turut menyediakan senarai tugasan harian dalam telefon yang boleh diselesaikan ketika berada di lokasi penggambaran.

“Saya mempunyai senarai tugasan dalam telefon saya. Sebagai contoh, menyunting video, buat video promosi, beli stokin anak, beli barang dapur, jawab mesej dan memadam e-mail,” katanya.

Jelasnya, setiap kali ada masa terluang, dia akan menyemak senarai tersebut dan menyiapkan apa yang boleh dilakukan.

“Disebabkan saya belajar untuk selit tugasan pada waktu penggambaran, saya hanya mampu tanda dua tugasan besar dan empat tugasan kecil,” katanya.

Katanya, pendekatan itu membuatkan dirinya lebih produktif walaupun berada dalam keadaan menunggu.

“Saya sampai rasa macam tak cukup masa sebab banyak benda boleh buat,” katanya.

Menurutnya, cara itu juga membantunya menyiapkan lebih banyak tugasan sebelum pulang ke rumah.

“Tadi hujan lebat lebih kurang dua jam, ada masa penggambaran terpaksa dihentikan. Tapi, Alhamdulillah, dua jam itu sangat banyak benda yang siap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN