PETALING JAYA: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan serta pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut jurucakap Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima notis peletakan jawatan daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad,” katanya ringkas hari ini.
Terdahulu, Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi termasuk daripada Setiausaha Agung PKR berhubung perkara tersebut.
Dua bekas menteri itu sebelum ini mengumumkan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara semasa majlis pengumuman hala tuju politik di PJ Performing Arts Center, semalam
Rafizi dan Nik Nazmi juga mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta meninggalkan PKR berkuat kuasa hari ini. – UTUSAN










