Amir Ahnaf idam wanita lemah lembut, penuhi ciri keibuan - Utusan Malaysia

Amir Ahnaf idam wanita lemah lembut, penuhi ciri keibuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau boleh saya ingin seseorang yang cantik dan lemah lembut. Karakter ibu itu memainkan peranan yang sangat besar untuk pembesaran emosi anak-anak.”

Demikian kata pelakon, Amir Ahnaf mengakui dirinya mengimpikan seorang wanita yang mempunyai ciri keibuan selain mampu membesarkan dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Menurut Amir, dia tidak mementingkan rupa paras, sebaliknya mementingkan keperibadian yang lemah lembut agar emosi dan mental anak-anak terjaga.

“Kalau cantik dalaman, pastu luaran pun cantik. Dulu saya pernah sangat meminati seorang wanita berbadan besar tapi tak pernah meluahkan perasaan kepadanya.

“Dari situ mula sedar yang saya tidak pandang langsung rupa paras. Tapi sekarang saya fikir semula, nanti apabila umur sudah 35 tahun, saya nak ada seorang atau dua anak dan mahu teruskan legasi,” katanya menerusi sebuah audio siar, baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN