Agong serah watikah pelantikan 15 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara

Agong serah watikah pelantikan 15 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara

SULTAN Ibrahim mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dalam istiadat yang berlangsung di Istana Negara hari ini. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dalam istiadat yang berlangsung di Istana Negara.

Baginda mengurniakan watikah pelantikan itu kepada Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datin Anizan Siti Hajjar Adnin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Austria, Datuk Fenny Nuli; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Abu Bakar Mamat; Duta Besar Malaysia ke Laos, Norli Muadza Mohd. Noor dan Duta Besar Malaysia ke Oman, Ahmad Kamrizamil Mohd. Riza.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Ireland, Sharon Ho Swee Peng; Duta Besar Malaysia ke Finland, Datuk SS Amarjit Singh; Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Fairuz Adli Mohd Rozali dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Adlan Mohd. Shaffieq turut menerima watikah pelantikan itu.

Sultan Ibrahim turut mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Chile, KR Suresh Kumar; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Rafedah Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Aznifah Isnariah Abdul Ghani.

Sementara itu, pada istiadat berasingan, baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh perwakilan asing ke Malaysia.

Mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Dharshana Mahendra Perera; Duta Besar Maghribi, Majid Halim; Duta Besar Panama, Nubiela Yanarith Ayala dan Duta Besar Liberia, Dudley McKinley Thomas.

Duta lain ialah, Duta Besar Serbia, Ivana Golubovic-Duboka; Duta Besar Angola, Fernando Miguel dan Duta Besar Niger, Zada Seidou. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN