Agong kurnia 100 lembu sempena Aidiladha

Agong kurnia 100 lembu sempena Aidiladha

SULTAN Ibrahim mengurniakan 100 lembu untuk penyertaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 lembu untuk penyertaan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md. Salleh, di Istana Negara, hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah itu, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan kepada urus setia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak baginda.

Baginda juga menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN