718 peluang pekerjaan untuk veteran ATM disediakan setakat suku tahun 2026

718 peluang pekerjaan untuk veteran ATM disediakan setakat suku tahun 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) merekodkan sebanyak 718 peluang pekerjaan disediakan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Perhebat bagi suku pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Perhebat, Datuk Amir Md. Noor berkata,daripada jumlah itu seramai 449 veteran berjaya memperoleh pekerjaan dalam sektor dalam sektor aeroangkasa, automotif, logistik dan perkhidmatan dengan tawaran gaji antara RM2,500 hingga RM5,000.

Katanya, pencapaian tersebut hasil kerjasama strategik dan intervensi bersama lebih 70 agensi awam serta syarikat swasta dalam usaha memperkukuh kebolehpasaran veteran ATM selepas tamat perkhidmatan.

“Pelan transformasi jangka panjang selama 10 tahun ini dirangka khusus bagi membangunkan bakal pesara dan veteran sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta penggerak ekonomi negara.

“Pendekatan ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada veteran, malah membantu melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memenuhi keperluan industri semasa,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Amir berkata, seramai 11 orang veteran ATM menerima padanan dana berjumlah RM55,000.00 bagi menyokong keperluan peralatan perniagaan seterusnya berupaya melonjakkan produktiviti dan jualan.

Menurutnya, ia bagi meningkatkan kemahiran, meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan berimpak tinggi untuk manfaat kumpulan sasar selaras Pelan Transformasi Perhebat 2026 – 2035.

“Dana tersebut diberikan hasil kolaborasi Perhebat dan Affin Islamic Bank menerusi pelaksanaan program iTEKAD PERWIRA-i yang merupakan komitmen merentasi seluruh ekosistem awam dan swasta menerusi insentif keusahawanan agar kelompok ini dapat menyuntik sumbangan yang signifikan terhadap ekonomi Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN