- Utusan Malaysia

MAYAT mangsa warga Indonesia yang terlibat tragedi bot karam di perairan Pulau Pangkor dijumpai malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) warga asing mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor yang memasuki hari keempat semalam, berjaya menemukan mangsa ke-10.

Penemuan terbaharu pada pukul 7.40 malam tadi menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah seramai empat orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak dalam kenyataannya berkata, mayat mangsa lelaki itu dijumpai oleh nelayan tempatan pada kedudukan 3.6 batu nautika ke timur laut dari lokasi kejadian.

Katanya, aset Pasukan Polis Marin (PPM), PSC 16 kemudian mengambil mayat mangsa dari bot nelayan tempatan (VNT) untuk tindakan lanjut.

“Mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia itu tiba di jeti PPM Kampung Acheh pada pukul 9.35 malam tadi,” katanya.

Op Carilamat dilancarkan susulan kejadian sebuah bot yang membawa 37 PATI dari Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor di sini pada Isnin.

Aduan mengenai insiden itu diterima kira-kira pukul 5.30 pagi selepas seorang nelayan tempatan menemui mangsa terapung di laut sebelum Op Carilamat diaktifkan pada pukul 6 pagi.

Seramai 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia berjaya diselamatkan pada hari kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN