SEREMBAN: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) kini telah mencapai tahap arus perdana dan bukan lagi sebagai pilihan kedua bagi pelajar. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pencapaian itu berpandukan kepada kadar kebolehpasaran graduan TVET yang telah mencecah 99.91 peratus pada tahun 2024. Katanya, pencapaian itu telah mendorong permintaan yang tinggi dalam permohonan untuk memasuki kolej vokasional (KV) di bawah KPM. “Daripada 28,098 permohonan pada tahun…










