PETALING JAYA: Tiada sebab untuk menaikkan harga minyak selepas Malaysia tidak termasuk dalam sekatan oleh Iran di Selat Hormuz. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, negara ini merupakan pengeluar minyak di dunia, malah sekatan terhadap Malaysia di Selat Hormuz tidak lagi berlaku sebagai penghargaan Iran kerana tidak berpihak kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Katanya, masalah sebenar yang berlaku adalah kerana ketirisan dan salah laku dalam pengurusan negara…










