Sukarelawan ditahan perdaya warga asing bayar RM700 untuk dapat rawatan - Utusan Malaysia

Sukarelawan ditahan perdaya warga asing bayar RM700 untuk dapat rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Harapkan pegar, pegar makan padi. Itu perumpamaan menggambarkan tindakan seorang sukarelawan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini yang meminta bayaran RM700 daripada seorang pesakit warga asing bagi memudahkan urusannya di hospital berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan wanita tempatan berusia 27 tahun itu memakan diri apabila suspek ditahan polis kira-kira pukul 7 malam di sekitar hospital tersebut, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak HSA.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek wanita itu mengambil kesempatan terhadap seorang buruh kasar warga asing yang mendapat rawatan di hospital berkenaan dengan bayaran RM700.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Tambah Raub, wanita itu bagaimanapun bukan sukarelawan Southern Volunteer yang ditempatkan di hospital itu sejak tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan secara tidak jujur mendorong penyerahan harta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini