SK Felda Kota Gelanggi Dua lantik pengawas, ketua kelas

SK Felda Kota Gelanggi Dua lantik pengawas, ketua kelas latih bidang kepimpinan

KETUA Pengawas baharu, Mardhiah Masri mengetuai lafaz ikrar watikah pelantikan tugas pengawas sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan ketua serta penolong kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang baru-baru ini. – utusan/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 62 orang murid menerima watikah pelantikan tugas pengawas sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan ketua serta penolong kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Guru Besar SK Felda Kota Gelanggi Dua, Mat Romli Norman berkata, murid berkenaan menerima watikah dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid (HEM), PK Kokurikulum, Guru Disiplin, Guru Kaunseling serta guru akademik sekolah tersebut.

“Pemilihan pelajar untuk penugasan berkenaan bertujuan melatih mereka menjadi pemimpin rakan sebaya, membina sahsiah, mempelajari aspek menyelia tugas rakan khususnya membantu guru mengukuh disiplin, kebersihan, kekemasan dan sebagainya.

“Tugas ini sekali gus menjadi perantaraan antara murid dan guru atau pentadbir sekolah dalam menangani aspek peraturan dalam dan luar kelas supaya pembelajaran lancar serta disiplin terkawal,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

Menurut Mat Romli, ketua pengawas merupakan ‘tulang belakang’ kepada pengurusan disiplin sekolah yang bertugas di bawah seliaan guru disiplin dan PK Hal Ehwal Murid (HEM).

Tambahnya, peranan ketua dan penolong kelas, pengawas SPBT dan Pusat Sumber juga selari dengan bidang masing-masing untuk mengawal peraturan, kekemasan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN