KUALA LUMPUR: Kejadian serangan yang berlaku ke atas sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, pada Ahad lalu bermotifkan dendam peribadi antara pemilik kelab dan pesaing perniagaan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 45 individu termasuk dua pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 57 tahun ditahan sejak kelmarin hingga tengah malam tadi. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati serangan pada waktu tengah hari itu dilakukan oleh sebahagian individu terdiri…










