Semua orang kata dia garang - Zally Hussain kenang Ahmad Nawab - Utusan Malaysia

Semua orang kata dia garang – Zally Hussain kenang Ahmad Nawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zally Hussain menyifatkan Ikon muzik legenda, Tan Sri dr. Ahmad Nawab sebagai pemuzik disegani dan dihormati masyarakat.

Zali berkata, sebagai anak seni, dia berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan arwah yang banyak menyumbang kepada perjalanan kariernya.

“Saya dengan Ahmad nawab ini rapat, merupakan artis rakaman terakhirnya. Saya terkahir merakam album dengan dia, tiga lagu, salah satunya adalah Rinduku Rindumu. Dua lagu lagi adalah Antara Cinta dan Air Mata dan Antara Kau Dan Dia.

“Lagu begitu salah zaman. Saya diberi pilihan, antara Datuk M. Nasir, Ajai atau Ahmad nawab. Saya pilih Ahmad Nawab kerana pakcik saya satu batch dengan dia.

“Zaman dulu, dia bermula dengan Nasir Wahab. Semua kata dia garang. Ada yang pernah dihalau dan sebagainya. Bila saya bekerja dengan beliau, ok. Dia terima cadangan saya. Terkejut juga,” katanya baru-baru ini.

Zali turut menceritakan pengalaman merakamkan lagu bersama arwah, antaranya ketika menghasilkan album pertamanya sekitar tahu 2008.

Ketika itu, beliau mendenar cerita yang kononnya arwah seorang yang garang dan cukup teliti dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

“Bila masuk studio Ahmad Nawab, lain caranya. Dia bagi tahu detail sepertimana yang diceritakan kepada penyanyi, Broery Marantika. Dia bagi lirik kemudian anda fahamkan. Kemudian nyanyikan sahaja.

“Saya sudah lama tidak berkomunikasi dengan arwah. Ada tergerak hati untuk menziarahi arwah. Dengar-dengar, meninggal dunia. Ketika itu saya memang ralat,” katanya lagi.

Disoal tentang perkembangan terkini, Zali berkata dia sekarang ini tidak lagi berlakon, tetapi masih membuat kerja dibelakang tabir selain melakukan kerja sambilan.

“Sekarang ini saya menjalankan perniagaan. Kira-kira sepuluh tahun jugalah. Bisnes kecil-kecilan, kantin kilang dan pada masa yang sama, acara kecil-kecilan.

“Saya keluar awal dari industri seni kerana dah nampak masa depan. Tengah orang nak dulu, kita tolak.

“Merajuk pada awalnya, tapi tak disengajakan kerana kita dah dapat baca keadaannya. Malaysia ini, pelakon cepat tumbuh dan cepat habis. Jadi kalau tiada ‘back up’, awak akan mati.

“Saya ada dua syarikat. Dan pada masa yang sama buat dua kerja belakang tabir, kontrak dan kedia makan kecil-kecilan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN