BENTONG: Rampasan sisa elektronik (e-waste) bernilai RM3.09 juta di Pelabuhan Klang, Selangor baru-baru ini membongkar jaringan penyeludupan bahan terlarang yang masih aktif di negara ini. Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan lima kontena mengandungi e-waste di CFS-CHOLD Yard North Port, Pelabuhan Utara hasil kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa. Katanya, rampasan pertama tahun ini itu melibatkan jumlah seberat 88,392.12 kilogram dengan nilai…










