Program Career Compass PUO perkukuh kebolehpasaran graduan

Program Career Compass Politeknik Ungku Omar perkukuh kebolehpasaran graduan

DR. Salmi Che Meh, (duduk tengah), bersama Dr. Abdul Jalil Hassan, (duduk kanan) bergambar kenangan bersama-sama wakil-wakil syarikat, barisan pensyarah serta para pelajar yang menyertai program Career Compass @ PUO 2026 di Dewan Warisan, PUO, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Politeknik Ungku Omar (PUO) terus mengorak langkah progresif dalam pembangunan modal insan apabila menganjurkan program ‘Career Compass @ PUO 2026: Balancing

Ambition, Mental Health and Well-Being’ baru baru ini di kampusnya di Ipoh Perak yang melibatklan kira-kira 800 peserta.

Mengangkat pendekatan holistik, program tersebut dirangka sebagai platform bersepadu yang menghubungkan pelajar dengan industri, di samping menekankan kepentingan

keseimbangan antara kecemerlangan kerjaya, kesihatan mental serta kesejahteraan diri dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengetua PUO Dr. Salmi Che Meh berkata, kejayaan seorang graduan tidak hanya diukur melalui kecemerlangan akademik, tetapi juga melalui ketahanan mental dan keupayaan mengimbangi tuntutan kerjaya dengan kesejahteraan diri. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PUO dalam melahirkan modal insan yang kompeten, berdaya tahan dan lestari,” ujar beliau.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai pengisian bernilai tinggi telah dilaksanakan, termasuk sesi temuduga terbuka, pameran kerjaya, kursus kesihatan mental, serta Forum

CEO@PolyCC yang membincangkan trend kerjaya masa hadapan dan keseimbangan hidup-bekerja.

 

Program berkenaan turut disokong oleh penyertaan pelbagai agensi utama seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan TalentCorp yang menyediakan pendedahan menyeluruh berkaitan sokongan sosial dan pembangunan kerjaya kepada para pelajar.

 Kemuncak program menyaksikan majlis menandatangani surat hasrat (LOI) dan pertukaran dokumen bersama 11 rakan industri strategik, sekali gus memperkukuh kerjasama dalam aspek latihan industri dan peningkatan keboleh pasaran graduan.

 Antara organisasi terlibat termasuk D Muz Global Resources, OnMind Consulting, VerticalGreenfield Sdn. Bhd., ORS Technologies, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 

(MIROS), AG Fast Solution, Ezidea Solutions Sdn. Bhd., Favotech System Sdn. Bhd., Isticomm Solutions Sdn. Bhd., Persatuan Maritim Strategik Malaysia (MASTRA) serta

Pelurus Maritime Sdn. Bhd.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr. Abdul Jalil Hassan, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kesejahteraan mental dalam kalangan bakal tenaga kerja negara.

Penganjuran program tersebut bukan sahaja memperkukuh jaringan strategik antara institusi dan industri, malah mengukuhkan peranan PUO sebagai institusi TVET peneraju dalam

melahirkan graduan yang berdaya saing, seimbang dari segi emosi dan bersedia mendepani cabaran global.

 

Seiring penglibatan komuniti setempat, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PUO dalam menyokong agenda pembangunan modal insan negara yang inklusif dan

mampan.  _ UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN